Pengalaman Melawat tempat-tempat menarik

Asalammualaikum semua,

Kali ini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya melawat ke tempat-tempat menarik di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah . Terdapat beberapa tempat menarik yang saya lewati . 

Tempat pertama saya bercuti dan menginap di A Famosa Resort pada tahun lepas iaitu sebelum PKP bermula . Saya dan adik-beradik pergi mandi-manda di A Famosa Waterpark . Keseronokkannya tidak dapat digambarkan kerana bercuti bersama keluarga adalah satu pengalaman                                                                       yang terlalu indah . 

Tempat kedua yang saya lawati ialah Menara Taming Sari . Di sana , mempunyai banyak gerai yang menjual cenderamata , makanan seperti belacan HAHAHAH !!!!! Tetapi saya lebih suka menaiki Menara Taming Sari pada waktu malam kerana boleh melihat
Bandar Melaka dari pandangan 
atas . Selain itu , sebelum kami sekeluarga menaiki Menara tersebut , kami dikehendaki untuk membeli tiket .



Tempat ketiga yang menjadi kemestian apabila saya bercuti di Melaka ialah menaiki beca di Bandar Hilir , Melaka . Terdapat
keunikan hiasan pada beca sangat kreatif seperti bertemakan Doraemon , Hello Kitty , Pokemon dan sebagainya . Pada waktu malam , beca-beca disana mempunyai lampu berwarna-warni . 



Jalan-jalan bersama keluarga , 
Jom pergi ke Melaka .



Sekian nukilan daripada saya Sharifah Nur I'ffah Binti Syed Mohd Safrizat daripada 5 Akram .

Comments